Tuesday, December 11, 2012

Usahawan Internet Dari Rumah Juga Kena Daftar Perniagaan

Usahawan Internet Dari Rumah Juga Kena Daftar Perniagaan



Tahukah anda? Sebarang perniagaan yang dijalankan oleh individu ataupun syarikat perlu didaftarkan ? Tidak kira samada anda menjalankan perniagaan itu di rumah, menjual di internet, secara sambilan dan sebagainya.

Anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Pendaftaran perniagaan boleh dikategorikan kepada 2 jenis.
a) ROB : Registration of Business
b) ROC : Registration of Company

ROB ialah pendaftaran bagi perniagaan perseorangan, perkongsian ataupun dalam kata lain biasa disebut sebagai syarikat enterprise. Anda boleh terus ke Pejabat SMM berhampiran untuk mendaftar, yuran hanya RM50 untuk 5 tahun ( Promosi terkini ) Anda hanya perlukan maksima 2 jam untuk mendafatar dan mendapat Sijil Perniagaan sendiri.

ROC pula ialah pendaftaran bagi syarikat Sendirian Berhad, biasanya bagi tujuan ini, anda perlukan sekurang-kurangnya 2 orang penama sebagai Pengarah atau rakan kongsi. Anda tidak boleh berurusan terus dengan SSM, sebaliknya perlu mendapatkan perkhidmatan daripada Setiausaha Syarikat. Yuran terkini yang biasa dikenakan adalah dari RM2200-2500.
...................................................................................

Nak daftar ROB atau ROC ? Bergantung kepada modal dan skala perniagaan anda. Yang pasti, anda perlu mendaftar perniagaan, mulakan dengan ROB lebih baik, Bagi pemilik perniagaan sedia ada, anda juga boleh Upgrade syarikat sedia ada kepada Sdn Bhd.

.....................................................................
Sebarang perniagaan kecil atau besar yang tidak didaftarkan itu dikategorikan sebagai perniagaan haram dan tidak sah mengikut undang-undang Malaysia. Pada tahun 2010 sahaja sebanyak 400 kes sudah dibawa ke Mahkamah kerana berniaga tanpa pendaftaran sah. Jangan pandang remeh hal penting ini. Hanya RM50 untuk 5 tahun bagi pendaftaran ROB. dan RM2200-2500 bagi pendaftaran ROC.

Promosi RM50 untuk 5 tahun akan berakhir pada hujung tahun ni, harga akan kembali normal RM70 setahun selepas ini. Tunggu apa lagi ? Sebagai panduan anda boleh klik link ini : http://www.ssm.com.my/ms/sole/starting-a-sole-proprietorship-partnership

...................................................................

Sekali lagi saya menyeru semua rakan fb yang mempunyai bisnes samada skala kecil atau besar, untuk mendaftar perniagaan secepat mungkin. Banyak faedah daripada pendaftaran syarikat ni.

Sekian dulu, Pesanan Khidmat Sosial Usahawan untuk semua.

Kredit kepada: Ikram Al-Banjari

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search