Thursday, May 24, 2012

Belajar eBay Dari Rumah

Belajar eBay Dari Rumah


eBay merupakan platform atau tempat untuk anda memasarkan produk fizikal anda ke seluruh dunia. eBay sudah popular sejak 14 tahun lalu dimana hari ini ramai pengguna internet menggunakan medium ini untuk menjual dan membeli produk.

Hari ini ramai pembaca blog ini telah menceburi perniagaan dengan menjual produk di eBay. Bisnes ini mudah. Anda tidak perlu berhenti kerja dan boleh melakukan perniagaan ini secara sampingan. Jika anda serius mendalami ilmu eBay ini, anda pasti boleh menghasilkan jualan dan pendapatan yang bagus.

Saya mempunyai banyak testimoni dari bekas peserta seminar, personal coaching dan pembeli video yang mengakui eBay merupakan lubuk duit terbaik buat mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan.

Belajar eBay dari rumah tidak beri tekanan yang besar kepada anda. Anda hanya perlu uruskan masa dan berikan komitmen untuk mendalami ilmu ini. eBay mempunyai banyak topik dan bab. Anda harus menguasai satu persatu. Apa yang perlu anda fahami ialah perkara asas yang perlu anda buat dan ketahui juga apa yang tidak perlu anda buat.

Anda perlu menguasai ilmu pemasaran kerana pemasaran itu adalah kunci pintu untuk membawa duit masuk ke akuan bank anda. Anda perlu menguasai ilmu kerana dengan ilmu itulah seseorang boleh berjaya dan mendapat hasil yang membanggakan.

Apa juga yang berkaitan dengan eBay seperti Paypal, dropship, pembekal, kad debit dan software perlu anda fahami supaya perniagaan anda ini dapat berjalan dengan lancar.

InsyaAllah pada 26hb Mei ini saya akan adakan seminar eBay yang terakhir untuk tahun 2012 dan di dalam seminar ini saya akan berkongsi dengan peserta topik-topik penting antaranya berkaitan sumber pembekal, dropship, kad debit dan teknik-teknik menghasilkan jualan di eBay.

Yang masih lagi berkira-kira samada nak sertai seminar ini atau tidak, pastikan anda buat keputusan segera dan daftar di link ini:

http://sertaiseminar.com



Nak berjaya, pergilah menuntut ilmu.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search