Thursday, May 3, 2012

Antara Sedutan Video Sebelum Bob Kuman Meninggal Dunia

Antara Sedutan Video Sebelum Bob Kuman Meninggal Dunia

Alfatihah buat Allahyarham Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Rawi dan salam takziah buat keluarga Allahyarham.

Secara peribadi saya sukakan lawak jenaka dari Allahyarham ketika masih hidup. Kini arwah telah menemui penciptaNya buat selama-lamanya.

Sebelum ini ada laporan mengatakan arwah telah meninggal dunia beberapa minggu lalu tetapi dinafikan oleh arwah dalam rakaman Melodi dan di Youtube.

Kisah arwah jatuh sakit mula disebarkan di facebook dan bermacam-macamlah andaian cerita dari pelbagai pihak.

Mungkin ramai yang perasan sejak beberapa menjak ni ramai artis Malaysia mula mendekati program-program berunsur kerohanian dan agama. Salah seorangnya ialah arwah Bob.

Baru-baru ini ketika program yang turut dihadiri ustaz Azhar Idrus, arwah Bob telah berkongsi kisah bagaimana beliau mendapat hidayah biarpun sebelum ini kehidupan beliau sebagai seorang artis mempunyai banyak onak duri.

Sehinggalah Allah beri beliau petunjuk untuk melakukan perubahan dalam diri.

Saya menonton video ini dan beristighfar dengan apa yang beliau lalui sepanjang berada di tanah suci Mekah.

Dan ketika beliau jatuh sakit, saya juga mengikuti perkembangan beliau samada di media elektronik atau video yang diupload di Youtube.

Antara petikan video yang dirakam ketika saat akhir Allahyarham masih hidup ialah dimana Tuan Guru Abdul Hadi Awang datang ziarah ke rumah arwah di Damansara.

Ramai yang beranggapan hidup sebagai seorang pelawak atau penghibur itu indah. Hakikatnya kehidupan mereka juga sama seperti orang lain. Ada waktu susah dan ada waktu senang. Ada waktu sihat dan ada waktu sakit. Rezeki, jodoh dan ajal maut itu terletak ditangan Allah.

Kita yang hidup hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. Yang pergi tetap akan bertemu dengan yang Maha Esa. Yang hidup, teruskan kehidupan, jaga kesihatan.

Alfatihah buat Allahyarham.

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search