Wednesday, April 4, 2012

Konvensyen Jutawan Muslim 2012

Konvensyen Jutawan Muslim 2012



Pengenalan

Ekonomi dalam sesebuah pemerintahan adalah salah satu perkara yang penting dalam memenuhi keperluan pembangunan negara.

Pelbagai kajian telah dijalankan oleh pihak cendikiawan dalam menghasilkan satu natijah yang positif terutamanya dalam membangunkan ekonomi Islam.

Di Malaysia,kurangnya pendedahan yang mendalam dikalangan orang Muslim sendiri tentang kepentingan ekonomi dalam membangunkan ekonomi Islam menyebabkan hari ini seolah-olah perkara ini diabaikan.

Mereka seolah-olah mencari habuan dunia dengan menggadaikan Islam untuk kepentingan peribadi sedangkan pada hakikatnya mereka perlu melaksanakan amanah kebajikan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah : 177 menyebutkan :

"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi Sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah orang-orang yang bertakwa."

Justeru itu, program seperti ini perlu dipertengahkan bagi memberi kesedaran kepada orang Muslim terutamanya bagi mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan supaya dapat membantu orang Muslim terutamanya bagi memartabatkan lagi system ekonomi Islam sekaligus dapat membantu umat Islam yang serba kekurangan.

Misi

Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim serta memberi inspirasi baru kepada bakal jutawan di Malaysia.

Objektif

Melahirkan bakal jutawan baru bagi memenuhi keperluan fardhu kifayah.

Memberi kesedaran kepada bakal jutawan tentang amanah dalam menyumbangkan pembangunan ekonomi Islam.

Memberi tunjuk ajar dan kaedah yang sesuai sebagai seorang bakal jutawan.

Tema

Jutawan Superb Pencetus Revolusi Ekonomi Islam. Maklumat lanjut mengenai program, sila layari www.jutawanmuslim.net

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search