Monday, April 2, 2012

Kenapa Anda Perlu Hadir Ke Seminar Dr. Azizan Osman


Gambar kredit kepada: Alumni Atau Bakal Alumni Program Dr. Azizan Osman


Dr. Azizan Osman. Lelaki hebat, lelaki muda yang bergelar multi-jutawan, lelaki yang memberi inspirasi kepada ramai orang dan dialah mentor kejayaan dan kekayaan nombor satu Malaysia!

Kenapa saya tulis begini? Adakah saya ingin angkat sangat-sangat dia? Ya! Memang saya mahu angkat dia dan sememangnya dia layak untuk berada ditahap apa yang dia berada sekarang dan saya mahu dia berada ditahap lebih hebat lagi!

Kehidupan ini perlu luar biasa! Luar biasa sihat! Luar biasa kaya! Luar biasa berjaya! Luar biasa bahagia! Luar biasa bersyukur!

Saya bersyukur kerana dapat masuk ke Seminar Advance Marketing Power anjuran syarikat Richworks Human Capital Development (M) Sdn. Bhd telah memberi impak yang cukup besar di dalam diri dan kerjaya.

Kepakaran saya adalah memastikan anda tidak lagi pening kepala untuk memasarkan produk anda di internet menggunakan platform eBay, menjual produk anda di pasaran antarabangsa, menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda, menghasilkan pendapatan sampingan/tambahan secara konsisten setiap bulan dan saya ajar anda setiap langkah demi langkah bermula dari membuka akaun eBay hinggalah produk anda selamat sampai kepada pelanggan dan mereka berpuashati dengan servis cemerlang anda.

Seminar selama 3 hari 2 malam ini memang penuh dengan pengisian. Jika tanya saya berbaloi atau tidak melakukan pelaburan wang dalam seminar ini? Jawapan saya, berbaloi dan murah gilerrrrr!

Saya ada cerita ingin saya kongsikan kepada anda. Siapa yang nak dengar cerita ini? Cuba tanya rakan sebelah anda (ada ke? hahaha) Cer citer!

Beberapa tahun dulu...

Saya ni juga merupakan seorang trainer. Saya mula menjadi seorang trainer atau speaker perniagaan internet bermula tahun 2008. Seingat saya lagi, waktu tu saya tidak kenal pun siapa Dr. Azizan Osman.

Saya mula tahu dan sedar mengenai seminar Dr. Azizan Osman ketika iklan beliau keluar dalam sebuah akhbar tempatan mengenai Seminar Kenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir.

Saya tak pernah nak ambil port pun pasal seminar ni. Apa yang saya tahu, ada lah beberapa orang peserta sesi Personal Coaching (Mastermind) eBay saya yang berkongsi info mengenai seminar berkaitan tarikh lahir ini.

Mereka semua cakap best, best dan best. Tapi... saya masih lagi tak tergerak hati untuk masuk seminar Dr. Azizan Osman. Serius! Saya begitu memilih untuk pergi ke seminar-seminar.

Saya ni bukanlah tak menyokong seminar orang lain, serius saya sokong tetapi saya meletakkan situasi diri saya ketika itu... TIDAK ADA SEBAB untuk saya pergi ke seminar-seminar tertentu.

Namun ada jugalah seminar-seminar yang dijalankan oleh usahawan internet tempatan termasuklah seminar Jutawan Internet, Irfan Khairi.

Ya, Irfan Khairi merupakan pencetus saya memulakan bisnes di internet pada tahun 2006. Ketika itu saya masih lagi bekerja makan gaji dan pada tahun 2008, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja makan gaji sehinggalah hari ini saya bekerja sepenuh masa dan memiliki 2 buah syarikat sendiri.

Berbicara mengenai Dr. Azizan Osman, kini saya telah jumpa mentor kejayaan dan kekayaan saya yang sebenar. Saya yakin Dr. Azizan Osman boleh pandu saya untuk menjadi seorang yang lebih kaya dan berjaya di dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Kenapa saya pilih beliau?

Saya sambung lagi cerita saya. Boleh? Cuba tanya diri anda.. cer citer, cer citer!
Hahaha.

Saya ingat lagi, saya mula mendaftar masuk ke Seminar Dr. Azizan selepas 3 tahun saya "tidak ambil pusing". Saya memilih Seminar Marketing Power sebagai langkah pertama saya berada bersama Dr. Azizan Osman selama setengah hari di Wisma MCA.

Wow! Apa yang saya boleh katakan, biarpun seminar ini belum bermula, sistem pengurusan seminar memang super kelassss! Staff yang ramai membantu dan yang besttt ramai gilerrrr peserta!

Saat apabila saya masuk ke dalam dewan, suasana dewan seminar memang AMAT LUARBIASA!
Kalau anda yang berpengalaman dalam bidang seminar dan latihan, anda akan cakap begini...
KAU GILER SPEND DUIT BANYAK BUAT SEMINAR FREE???

Dengan sewa dewan besar tu pun dah mencecah ribuan ringgit, staff yang berpuluh orang, perkakasan teknikal lagi. Kalau tanya saya, adakah ini keputusan yang bijak?

So...

Dr. Azizan Osman (DAO) sememangnya bijak! Saya belajar sesuatu daripada dia. Walaupun beliau belum lagi muncul dipentas, SAYA SUDAH BELAJAR SESUATU dalam pemasaran.

Tibalah masanya apabila DAO diumum dan dijemput ke pentas utama! Nak tahu tak apa perasaan saya ketika itu?

Tidak pernah saya berasa sebak.. sebak umpama nak mengalirkan air mata. Tak tahu dari mana datangnya perasaan ini. Serius, saya terasa aura beliau walaupun tempat duduk saya jauh dari pentas utama. Umpama aura beliau mengalir ke setiap saraf dan gelombang kejayaan dan kekayaan itu melonjakkan motivasi saya berada pada tahap tertinggi sekali.

Selama setengah hari DAO berucap di atas pentas yang hebat itu, saya tidak pernah pun memberi alasan atau mengambil kesempatan untuk keluar ke tandas walaupun ada rasa itu! Ohohoho.

Saya rasa, masa setengah hari itu adalah saat yang penting. Setiap patah perkataan yang diucapkan adalah BEGITU PENTING buat saya. Saya tidak mahu terlepas semua itu. Ini masa berharga saya walaupun seminar itu saya daftar PERCUMA.

Habis seminar ini, saya tanpa berfikir panjang, terus daftar borang untuk ke Seminar Advance Marketing Power yang bakal diadakan selama 3 hari pada 30hb, 31hb Mac dan 1hb April 2012.

Saya tunggu saat itu. Ya, apabila tiba saat itu, saya tidak sabar-sabar untuk masuk dalam momentum dan gelombang kejayaan dan kekayaan ini.

Jom katakan SAYA KAYA DAN BERJAYA!


Gambar kredit kepada: Alumni Atau Bakal Alumni Program Dr. Azizan Osman

Ketika saya menulis blog ini, saya baru balik dari seminar Advance Marketing Power (AMP). Saya sangat bersemangat untuk praktis apa yang DAO kongsikan. Apa yang saya sedang buat sekarang ini (menulis artikel ini) juga merupakan apa yang saya belajar dalam AMP selama 3 hari ini.

Saya harap anda belajar sesuatu hari ini.


Saya tak akan cerita secara detail apa yang DAO kongsikan kepada semua peserta. Biarlah ia jadi SUPRISE buat anda. Apa yang perlu anda tahu, TIDAK RUGI pun jika anda hadir ke seminar DAO.

Tidak percaya? Pergi je seminar DAO yang FREE dulu. Akan datang ni, program baru dari DAO akan dijalankan.

WangPower.com

Dah daftar? Jika tak daftar, sila berbuat demikian segera. Ruginya jika tiket dah sold out! So bertindak sekarang!

Sekali lagi, hari pertama masuk dalam seminar AMP, saya berasa sebak dan hampir menitiskan air mata. Bayangkan... saya yang berada tempat duduk di tingkat atas pun boleh terasa aura kekuatan yang ditunjukkan oleh DAO. Anda kena ada feel tu. Serius! Anda akan rasainya sendiri apabila masa anda telah tiba.

Kepada Dr. Azizan Osman,

Jika sifu membaca post ini, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab berada di dalam industri ini. Saya kagum dengan kisah sifu (saya pasti banyak lagi yang saya tidak tahu mengenai sifu dan rakan disebelah kerusi petang semalam telah syorkan saya masuk ke IMKK). Saya mesti masuk IMKK. Doakan saya.

Sifu,

Biar pun usia kita tidak jauh berbeza tetapi kehidupan kita cukup berbeza. Jauh sangat-sangat. Saya belum lagi berstatus jutawan ketika saat ini dan saya meletakkan sasaran ke arah itu.

Sebab itu saya memilih sifu sebagai mentor saya. Selama 3 hari ini, saya banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak belajar biarpun ada perkara yang saya tahu tetapi tidak sama jika saya tahu dengan memiliki M.E.N.T.O.R

Balik dari seminar tadi, malam tadi saya habiskan menonton dua DVD yang sifu berikan kepada saya. Rasa tak puas. So khatam 2 DVD dalam beberapa jam. Be$$$$$t!

Saya pasti apabila saya mula menulis post ini akan ramai rakan-rakan saya yang akan masuk ke seminar DAO. Betul atau tidak, will see (teknik ini telah digunakan sekarang :))

Owh, tadi saya nampak Maizurah Hamzah dalam dewan seminar! Hebat!

Thanks sifu sebab bawakan Adlin Sauki, Abang Abu, Jutawan-jutawan yang dilahirkan di dalam program DAO. Sesi sharing ini jika dibayar dengan wang ringgit saya pasti harganya amat bernilai tinggi!

Jika anda tanya saya kenapa perlu pergi seminar Dr. Azizan Osman?

Jawapan:

1. Dia memang multi-jutawan
2. Dia mentor kejayaan dan kekayaan #1 Malaysia
3. Dia membantu melahirkan ramai jutawan melalui program beliau. Terbukti!
4. Anda perlu M.E.N.T.O.R
5. Add value diri anda
6. Potensi Networking yang cukup besar. Peserta beribu orang sekali seminar.
7. Anda tidak akan dapat belajar ini di dalam IPT atau IPTS.
8. More you give, more you get back!
9. Fast action, fast result!
10. Diri anda sendiri harus tahu potensi diri anda sebenar!

Doakan saya Dr. Azizan Osman! Doakan saya! Harap Dr. dapat sharekan post blog saya ini atau tinggalkan komen diruangan blog ini untuk beri saya lebih inspirasi kejayaan dan kekayaan. Terima kasih.

P.s: Saya mulakan proses membaiki content, theme di blog dan facebook saya mengikut plan yang diberikan kepada saya di seminar AMP.

P.p.s: Jika anda ingin dapatkan 1001 tips percuma bagaimana anda boleh meningkatkan jualan anda di facebook, motivasi kejayaan, momentum positif, membina networking anda, sila LIKE Facebook Fan Page saya di http://fb.com/noorizamshah (Free je, bukan kena bayar pun nak like tu).

P.p.p.s: Apabila anda membesarkan network anda, berada di dalam circle friends yang sentiasa berfikiran positif, kaya dan berjaya, getaran itu akan masuk ke dalam diri anda juga! Jadi bertindak sekarang!

-------------------------------------------
Kepada Richworks Human Capital Development (M) Sdn. Bhd saya alu-alukan artikel ini dijadikan sebagai rujukan atau testimonial untuk pihak anda.
-------------------------------------------

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
012-9127100
www.noorizamshah.com
fb.com/noorizamshah

No comments:

Post a Comment