Friday, March 9, 2012

DVD Bisnes Borong Vietnam Hampir Sold Out!

DVD Bisnes Borong Vietnam Hampir Sold Out!


Malam tadi jumpa Ashraf Alayas, penerbit DVD Video Panduan Bisnes Borong Vietnam. Saya dimaklumkan DVD panduan semakin habis dan ceritanya lagi, kouta untuk harga pengenalan akan tamat penghujung bulan 3 nanti.
Lupa saya nak beritahu kepada rakan pembaca, laman web Bisnes Borong Vietnam sudah dikemaskini dan lebih umphhh! Anda boleh rujuk link di atas. Kebetulan masa saya nak siapkan passport di pejabat Imigresen di Shah Alam, ada seorang makcik ni nak isi borang permohonan passport. Memandangkan dia ada masalah rabun, dia minta wife saya isikan borang dan berlakulah perbualan antara wife saya dengan makcik ni.

Wife: "Makcik nak pergi mana?"
Makcik: "Owh, makcik nak pergi Vietnam"
Wife: "Pergi sorang je ke makcik?"
Makcik: "Haah, pergi sorang je. Nak cari kain sket, tak lama lagi dah nak raya"

Wah, makcik pergi sorang je tu. Macam nak pergi KL-JB je. Hehehe

Nampaknya semakin hari semakin ramai yang sudah tahu lubuk memborong di Vietnam sampai ada penjual dan pengedar pakaian marah-marah sebab dedahkan tempat borong ni. Almaklumlah, kini anda tidak perlu melalui orang tengah dan harga pun bukan lagi harga orang tengah.

Anda boleh mendapatkan produk yang berkualiti pada harga yang rendah dan murah. Sebab tu DVD Bisnes Borong Vietnam ni hampir sold out. Ramai yang nak tahu bagaimana cara sebenar memborong di sana.

Saya sendiri dah tonton video ini. Memang saya syorkan kepada anda yang masih lagi belum mendapatkan video ini kerana panduan ini amat membantu anda yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan atau besar-besaran.

P.s: Saya dikhabarkan saudara Ikram Yamada (speaker Bisnes Borong Vietnam) disyaki dijangkiti demam denggi. Diharap kesihatan beliau bertambah baik hendaknya.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search