Thursday, March 15, 2012

Apa Faktor Penyebab Blog Anda Tidak Ada Pelawat?

Apa Faktor Penyebab Blog Anda Tidak Ada Pelawat?

Selepas anda baca entri ni, mungkin anda akan dapat jawapan kenapa blog anda tidak didatangi pengunjung. :)

Semoga pemilik blog meletak harapan supaya blog mereka mempunyai pelawat unik dan berulang. Jika anda memiliki blog, anda harus peka dengan perkara ini kerana jika anda melakukan sambil lewa.

Saya melihat punca ini:

Theme Blog Yang Serabut Dan Meyakitkan Mata.

Sekarang anda memiliki trafik blog yang berkualiti, anda harus menulis post yang segar dan berkualiti. Ramai yang beranggapan mengemaskini blog secara kerap akan membuatkan enjin pencari "jatuh cinta" dengan blog anda. Namun begitu, jika anda melihat blog-blog hebat yang mempunyai content berkualiti, mereka tidak akan menghias blog mereka dengan tema yang sarat.

Tema blog sebenarnya harus bersesuaian dengan kandungan yang ditulis. Jika anda seorang gadis berusia 16 tahun dan gemar mengemaskini blog, mungkin ia bersesuaian dengan tema yang bercirikan seorang gadis remaja.

Mungkin agak janggal jika anda seorang penulis blog berkaitan topik perniagaan internet, menghiasi blog bertemakan seorang lelaki jiwang berbunga-bunga?

Trend tema blog sekarang, lebih ringkas, simple dan bersih. Namun janganlah sampai kelihatan kosong macam kertas A4. Highlightkan background blog dengan sedikit warna agak ia kelihatan "rumah yang didiami orang".

Kalau anda berkemampuan, beli sahaja themes yang berbayar yang pasti lebih kelihatan professional.

Sekali lagi, apa yang penting utamakan isi kandungan. Cuba kongsikan seberapa banyak maklumat (bukan menjual secara direct) supaya kandungan yang ditulis itu dapat dijadikan "harta" rujukan buat mereka yang mencari maklumat.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search