Wednesday, February 15, 2012

Terapeak Pun Mahu Berubah

Terapeak Pun Mahu Berubah


Paparan terapeak memang dah berubah. Susun atur pun dah lain. Interface pun dah lain.

Jika anda ingin menulis ebook atau menjual video panduan, memang tak boleh nak janji berapa lama paparan screenshot dalam ebook atau video anda itu bersesuaian.

Saya pun nampak sedikit janggal apabila access ke akaun Terapeak buat pertama kali. Memang kekok pada awalnya. Namun begitu, boleh dikatakan data yang diperlukan masih lagi ada.

Bagi anda yang ingin menjalankan bisnes di eBay, Terapeak adalah satu software online yang boleh membantu anda mendapatkan maklumat-maklumat mengenai produk yang dijual di eBay.

Kepada penjual dan pesaing produk di eBay, sudah pasti maklumat yang dibongkar Terapeak begitu menggerunkan kerana setiap pendedahan itu mampu membongkar sehingga dimana produk itu diperolehi.

Namun, tak semua orang tahu bagaimana untuk manipulasi maklumat di eBay untuk dijadikan tempat mengumpul niche. Sebab itu, mereka yang "bijak" sahaja yang akan dapat mengorek sedalam-dalam maklumat yang ada di dalam Terapeak.

Untuk pengguna Terapeak, saya tidak galakkan anda melanggan keahlian untuk tempoh yang panjang. Cukup sekadar melanggan beberapa bulan sahaja. Ini kerana, maklumat dan statistik yang dikeluarkan Terapeak boleh bertahan untuk tempoh yang lama. Anda akan memahami trend pembeli dan penjual, purata jualan, harga bukaan untuk lelongan, strategi listing yang diguna seseorang penjual dan banyak lagi.

----------------------------------------------------------

25hb Februari ini, saya telah dijemput sebagai salah seorang speaker jemputan yang bakal berkongsi dengan audien berkaitan topik eBay.

Jika anda berkelapangan pada hari itu, temujanji seperti di laman web berikut:

Seminar Malaysia Internet Millionaire

Jangan lupa bawa bisnes kad anda, perkenalkan diri. InsyaAllah ada rezeki, ada peluang, kita boleh bekerjasama.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search