Friday, February 10, 2012

Kenapa Ustaz Don?

Sebelum ni saya tak kenal pun siapa ustaz Don. Isteri saya selalu sebut-sebut pasal ustaz Don ni yang popular di kaca televisyen. Pada awalnya memang saya tak ambil "port" pun pasal ustaz Don sebab isteri saya dok kata, ustaz ni karektor ustaz modern, ala-ala Akhil Hayy gitu. Tambah lagi dia kata ustaz Don ni hensem.

Hahaha.

Sampailah di suatu hari, suatu malam saya menonton video ustaz Don di facebook hasil dari sebaran pengguna dalam friend list saya, yang mana ustaz Don berbicara mengenai topik "Anak asset ke syurga atau ke neraka".

Keesokan harinya, di sebelah petang, saya ke Karnival Karangkraf untuk bertemu rakan dan kebetulan pada hari itu, Ustaz Don punya time untuk beri perkongsian disudut khemah TV Al-Hijrah. Jadi, hari itu dapatlah melihat raut wajah ustaz Don ni secara live.

Memang berkarektor hebat ustaz Don ni. Patutlah ramai yang kerumun "rumah" TV Al-Hijrah petang tu.

Sejak wujud fenomena Ustaz Azhar Idrus dan kini pesonaliti islamik, ustaz Don, saya tak nafikan saya semakin ingin mengenali lebih dekat ustaz muda ini.

Menarik, setiap perkongsian, tutur kata beliau di dalam bahasa arab, menuturkan ayat-ayat Al-Quran umpama memberi kefahaman mudah kepada mereka yang melihat dan mendengarnya biarpun hakikatnya sepatah pun kita tidak mengerti.

Pergerakan tubuh, tutur dibibir, pendekatan emosi membuatkan penonton lebih rapat dan lebih mahu tahu dan mendengar apa yang ingin ustaz Don sampaikan.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, adanya ustaz muda seperti ustaz Don ini yang banyak berbicara mengenai nabi junjungan Muhammad S.A.W akan menguatkan jiwa dan rohani kita semua yang mungkin selama ini alpa dengan keseronokan dunia sehingga lupa dimana kita letakkan diri kita untuk mengikuti sunnah nabi S.A.W.

Saya mohon izin kepada pihak TV Al-Hijrah untuk memuat naik sedutan video perkongsian 30 minit ustaz Don di blog ini. Semoga kita semua terus mencintai Rasullah S.A.W.


Video di atas saya sudah edit. Saya ambil part penting dan mohon rakan pembaca untuk tonton video ini. Jika tuan puan dapat kesan dari perkongsian ini, mohon tinggalkan komen dibawah ini ye.

allahumma salli ala muhammad

Jumpa lagi,
Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search