Tuesday, January 24, 2012

Perkara Paling Asas Paling Ramai Tak Buat Bila Lakukan Bisnes Internet

Perkara Paling Asas Paling Ramai Tak Buat Bila Lakukan Bisnes Internet

Ramai orang teruja nak buat bisnes di internet. Nak berniaga tikar mengkuang, nak berniaga Al-Quran digital, nak berniaga produk kesihatan, nak berniaga produk berasaskan makanan, nak berniaga macam-macam lagilah.

Tetapi berapa ramai yang telah bersedia dan mempunyai akaun bank online (online banking) seperti akaun Maybank2u.com.my dan akaun CimbClicks.com.my

Saya pernah mengadakan seminar di beberapa tempat di serata negeri, apabila saya ajukan soalan kepada peserta, terdapat 40 peratus tidak mempunyai akaun online banking.

Nampak? Ramai yang masih kurang kesedaran kepentingan memiliki akaun online ini. Mungkin faktor-faktor berikut yang menyebabkan mereka tidak memiliki akaun bank online:

1. Tiada bank di tempat tinggal mereka kerana berada di kawasan kampung atau pendalaman.
2. Tidak tahu bagaimana mengendalikan akaun bank online.
3. Kurang kepercayaan kepada tahap keselamatan akaun bank online.
4. Kurang infomasi mengenai keperluan dan kepentingan memiliki akaun bank online.

Sejujurnya, jika anda ingin menjual produk secara online (dalam talian), adalah wajar anda memiliki akaun bank online seperti Maybank dan CIMB. Kini ada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan online banking seperti bank islam, BSN, RHB, Public Bank dan sebagainya.

Jadi kenapa tidak anda harus memiliki sekurang-kurangnya satu online banking bagi memudahkan proses transaksi atau semakan dilakukan secara dalam talian.

Dengan memiliki akaun bank online, tindakan dan respond anda kepada proses jual beli akan lebih pantas samada anda bertindak sebagai pembeli atau penjual.

Jimat masa, jimat tenaga dan jimat wang. Takkan bila ada orang buat payment, kita kejap-kejap nak berlari pergi mesin ATM nak semak baki akaun dalam bank betul ke tidak? Atau pun, kena naik kereta, memandu sejauh 40km untuk cari bank paling dekat, kemudian minta kuanter tolong semakkan betul atau tidak ada payment masuk? Hah?

Esok, bank mula buka setelah beberapa hari bercuti sempena sambutan tahun baru cina. Jadi, ambil peluang ini untuk membuka akaun online banking di bank berhampiran anda.

Seperti kata Ammar Zahar di facebook, "Tools paling asas perlu ada dalam bisnes internet adalah akaun bank online dan juga paypal. Tapi masalahnya ramai lagi tak ada akaun bank online. Lebih fikir macam mana nak cari duit online daripada nak sediakan tools yang asas"

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search